SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEM TERENDAK, MELAKA
Sejarah sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Kerajaan Malaysia) pada tahun 1972, dikenali dengan nama Slim High School. Sekolah ini telah dirasmi pembukaanya pada 10 Februari 1965 oleh Brigadier Terence Douglas Herbert McMeekin, KCB,OBE. Sebelum tahun 1972, pentadbiran sekolah ini adalah di bawah kawalan dan selenggaraan kerajaan Komanwel.
Kem Terendak di mana terletakmya sekolah imi, mula dibina pada bulan Jun 1957 bagi menempatkan Briged ke-28 Infantri Komanwel sehingga ke tahun 1969. Pada awal penubuhannya, kem ini mempunyai kekuatan 1 Battalion tentera Australia, 1 Battalion askar Melayu dan 1 Kompeni tentera dari New Zealand beserta unit-unit bantuan tempatan.
Malahan sehingga kini Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak ditadbir oleh dua kementerian, iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ciri inilah yang membezakannya dengan sekolah-sekolah lain di negeri ini.
Slim High School pada tahun 1969
Visi Sekolah
- Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.
Misi Sekolah
- Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Slogan Sekolah
"WE WON'T STOP UNTIL YOUR TARGET IS REACHED"
"Kami tidak akan berhenti selagi sasaran tidak tercapai"
Matlamat Sekolah
- Melahirkan modal insan berilmu pengetahuan aras tinggi, berpemikiran aras kreatif, berkemahiran aras inovatif, semangat patriotik dan jati diri yang tinggi serta mempunyai sahsiah yang mulia.
Objektif Sekolah
- Mencapai kejayaan cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan terutama dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia
- Membentuk pelajar bersahsiah mulia melalui sifar masalah disiplin sekolah.
- Membentuk persatuan, kelab, badan beruniform dan pasukan sukan serta permainan yang mantap dan disegani di peringkat negeri dan kebangsaan.
Lencana Sekolah
Warna dan Maksud
Merah : menunjukkan keberanian menentang arus hidup.
Kuning : kesetiaan kepada sekolah dan negara.
Hitam : warna latar melambangkan pembentukan peribadi pelajar yang berpendirian.
Kota Melaka : melambangkan keagungan sejarah Melaka.
Obor : menunjukkan tertanamnya sifat-sifat kesukanan.
Buku, Pengukur dan Roda : membuktikan pentingnya ilmu pengetahuan akademik dan teknikal.
Bintang Pecah : mewakili 13 negeri di Malaysia.